Thursday, 2 August 2012

Kata Aluan Pengarah KV ERT Setapak



Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia, 
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya, blog PPDa Kolej Vokasional ERT Setapak telah berjaya dibangunkan. Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya barisan pentadbir, ahli jawatankuasa Unit PPDa, pengawas PPDa atas komitmen yang diberikan untuk membangunkan laman blog ini demi manfaat warga kolej dan komuniti pendidikan khususnya. Laman ini adalah lambang kegigihan dan kreativiti Unit PPDa kolej ini dan seharusnya dimanfaatkan oleh semua para pelajar, guru-guru dan ibu bapa.
Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada semua yang melayari laman web rasmi PPDa Kolej Vokasional ERT Setapak. Selaras dengan perkembangan ICT dalam bidang pendidikan, adalah menjadi satu tanggungjawab bagi setiap sekolah untuk menyediakan dan menyampaikan maklumat terkini kepada setiap warga sekolah dan para ibu bapa dengan cara yang paling pantas. Atas kesedaran ini, pihak Unit PPDa telah mengambil inisiatif bagi menyediakan sebuah laman blog supaya sebarang informasi terkini mengenai aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah yang dijalankan oleh Unit PPDa kolej ini dapat disampaikan dan sebarang makum balas terhadap pelbagai perkara yang dapat meningkatkan mutu unit ini dapat diterima.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua pihak agar dapat memanfaatkan penggunaan laman web ini bagi meneruskan lagi kerjasama dalam menyumbang idea, tenaga dan kepakaran yang boleh diterapkan dalam jentera kerja Unit PPDa Kolej Vokasional ERT agar visi dan misi yang direncanakan menjadi kenyataan.
Sesungguhnya agenda memerangi masalah penyalahgunaan dadah/ rokok/ arak dan inhalan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama. Saya yakin dengan adanya komitmen dan kerjasama daripada semua pihak dapat mengurangkan dan seterusnya mengatasi secara keseluruhan gejala yang kurang sihat seperti ini.
Akhir kata, saya berharap laman blog ini akan berkembang dan menjadi lebih mantap dengan sajian ilmu dan seterusnya sebagai ruang komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan ke arah merealisasikan matlamat Sekolah Bebas Dadah 2012 dan Negara bebas dadah 2015.
Sekian,

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

NORHANA BT. MUSTAPHA
Pengarah Kolej Vokasional ERT
Jalan Genting Kelang, Setapak 
Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment