Tuesday, 15 July 2014

Senarai AJK Pengawas PPDa untuk tahun 2014 ~




PROGRAM PPDa 2014


1.   Program Lawatan Ke Rumah Ehsan

·         Pada 3 Mei 2014 (Sabtu) yang lalu seramai 40 orang pelajar dan 4 orang pensyarah Kolej Vokasional ERT Setapak telah mengadakan lawatan dan kunjungan mesra ke Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu Selangor Darul Ehsan. Lawatan ini adalah lawatan muhibbah amal untuk menghargai warga emas dan menerapkan ke dalam diri pelajar dan menyayangi mereka yang telah lanjut usia. Syukur Alhamdulillah niat yang murni ini telah dimakbulkan Allah SWT dan saya sifatkan lawatan ini adalah berjaya mencapai objektifnya
·         Rombongan dari Kolej Vokasional ERT Setapak telah bertolak dari KVERTS ke Rumah Ehsan pada jam 7.30 pagi. Setelah melalui perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit rombongan telah sampai ke Rumah Ehsan ini sekitar jam 9.00 pagi
·         Bagi tujuan lawatan ini juga telah di adakan satu kutipan sumbangan daripada seluruh warga KVertS dimana sumbangan tersebut berbentuk wang tunai. Pihak KVertS juga turut menyampaikan sumbangan kain batik dan kain pelekat yang diberikan kepada semua penghuni Rumah Ehsan ini yang telah didermakan oleh pihak ahli PIBG dan pensyarah. Jumlah keseluruhan penghuni Rumah Ehsan adalah 114 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu seramai 60 orang, Cina 31 Orang, India seramai 21 orang dan lain-lain adalah 2 orang.
·         Pihak pelawat juga turut membawa 200 set bubur lambuk yang akan didermakan kepada penghuni, kakitangan Rumah Ehsan. Setiap pelajar dikehendaki melakukan aktiviti bersama warga emas iaitu menyuap bubur lambuk kepada penghuni Rumah Ehsan ini sebagai salah satu aktiviti ramah mesra antara pelajar bersama warga emas di sini.
·         Setelah selesai taklimat, acara menyampaikan cenderamata dan penyampaian wang kutipan sumbangan daripada warga Kolej Vokasional ERT Setapak. Wakil daripada pihak Kolej menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Rumah Ehsan yang sudi menerima kehadiran rombongan daripada Kolej Vokasional ERT Setapak.Penyampaian cenderamata dan wang sumbangan telah dilaksanakan oleh Puan Roselawati binti Awang, Ketua Unit Kemanusiaan KVertS.

·        PROSES MENURUNKAN BARANG SUMBANGAN UNTUK PENGHUNI RUMAH EHSAN KUALA KUBU BHARU OLEH PELAJAR KVertS





·         PROSES MENGANGKUT BARANG SUMBANGAN KE RUMAH EHSAN








PELAJAR DAN PENSYARAH PENGIRING MENDENGAR TAKLIMAT DARIPADA PIHAK PENGURUSAN RUMAH EHSAN








SESI PENYAMPAIAN WANG SUMBANGAN DAN CENDERAMATA DARIPADA PIHAK KVertS
1.  LAPORAN PROGRAM JALINAN MESRA ‘TEAM BUILDING’ KVertS DAN SM PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN SETAPAK)
TEMPAT: MUZIUM TELEKOM DAN MENARA KUALA LUMPUR
TARIKH: 15 DAN 16 MAC 2014 (SABTU DAN AHAD)

·         Seramai 40 orang pelajar  Kolej Vokasional ERT Setapak dan SM Pendidikan Khas Cacat Penglihatan Setapak telah mengikuti Program "Outreach" di Muzium Telekom pada 15 dan 16 Mac2014.  Objektif program ini ialah mendidik serta memberi pendedahan mengenai sejarah telekomunikasi negara dulu, kini dan akan datang. Selain daripada itu, mereka turut berpeluang merasai pengalaman bermalam bermalam di Muzium Telekom dengan mengikuti pelbagai program kecerdasan, bina semangat dan team building yang diuruskan oleh fasilitator terlatih daripada Telekom Malaysia Berhad.

·         Penekanan program menjurus kepada team building itu semangat kerja berpasukan antar pelajar Kolej Vokasional ERT Setapak dan SM Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan Setapak) dimana seorang pelajar KVertS akan dipadankan dengan seorang pelajar SM Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan Setapak). Peserta dari KVertS terdiri daripada Pengawas PPDa manakala peserta dari SM Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) terdiri daripada barisan kepimpinan pelajar. Pelajar KVertS diminta untuk membantu pasangannya dari SM Pendidikan Khas dari aspek mengurus diri dan masa sepanjang program ini berlangsung.

·          Program ini bertujuan untuk mewujudkan jaringan kerjasama yang erat antara pelajar Kolej Vokasional ERT Setapak dan SM Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) disamping melatih sifat tanggungjawab dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan Pengawas PPDa agar mampu memberikan komitmen dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.


GAMBAR PROGRAM JALINAN MESRA ANTARA KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK DAN SM PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN SETAPAK) DI MUZIUM TELEKOM DAN MENARA KUALA LUMPUR




ROMBONGAN TIBA DI MUZIUM TELEKOM




PENGAWAS PPDa BERSAMA PELAJAR SM PENDIDIKAN KHAS SETAPAK
  



AKTIVITI MAKAN BERSAMA PENGAWAS PPDa KVertS DENGAN PELAJAR PEREMPUAN SM PENDIDIKAN KHAS





AKTIVITI MAKAN BERSAMA WARGA PPDa KVertS DENGAN PELAJAR SM PENDIDIKAN KHAS SETAPAK
  



PERSEMBAHAN KUMPULAN AKTIVITI TEAM BUILDING
  



AKTIVITI MENYIMPAN BEG TIDUR SETELAH DILIPAT




AKTIVITI PENGAWAS PPDa DAN PELAJAR SM PENDIDIKAN KHAS

 DI PUSAT AKSES MUZIUM TELEKOM






BERGERAK DARI MUZIUM TELEKOM KE MENARA KUALA LUMPUR PADA HARI KE DUA PROGRAM
  



GAMBAR AKTIVITI DI MENARA KUALA LUMPUR




PENGAWAS PPDa DAN PELAJAR SM PENDIDIKAN KHAS BERSIAR-SIAR DI ATAS MENARA TELEKOM SAMBIL MELIHAT PERMANDANGAN KUALA LUMPUR DARI ATAS MENARA




BERGAMBAR KENANGAN DI MENARA KUALA LUMPUR PENGWAS PPDa PENGWAS PPDa BERSAMA PELAJAR SM PENDIDIKAN KHAS CACAT PENGLIHATAN
  



GAMBAR KENANGAN PENGAWAS PPDa  

 KVertS BERSAMA PELAJAR
 SM PENDIDIKAN KHAS DI SEKITAR MENARA KUALA LUMPUR 




PENGAWAS PPDa DAN PELAJAR SM PENDIDIKAN KHAS BERGERAK PULANG SETELAH TAMAT PROGRAM DI MUZIUM TELEKOM DAN LAWATAN DI MENARA KUALA LUMPUR
  



3. LAWATAN UNIT PPDa KE RUMAH PENGASIH MALAYSIA

  1. 1.TAJUK PROGRAM
LAWATAN PENANDA ARAS KE RUMAH PENGASIH MALAYSIA

  1. 2.TARIKH
11 FEBRUARI 2014 (SELASA)

  1. 3.TEMPAT
RUMAH PENGASIH MALAYSIA

4.  KUMPULAN SASARAN
·         PENSYARAH PENASIHAT PPDa
·         AJK TERTINGGI PELAJAR UNIT PPDa KVERTS
5.  SENARAI NAMA PENSYARAH YANG TERLIBAT DALAM LAWATAN:

1.      CIK NORAZIMAH BT. ABD RAHMAN
2.      CIK PHAN SUE KIM
3.      PUAN SHARIFAH BT. HUSAIN

6.  SENARAI NAMA PELAJAR YANG TERLIBAT DALAM LAWATAN:

1.      NUR SHAFEEQA BINTI ABU HASSAN
2.      NUR SUHAINI FATHMA BT. SUHAIMI
3.      AMMAR NAJMI BIN FUAD
4.      MUHAMMAD IZWAN AKMAL BIN MASROL
5.      MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD RIZAL
6.      MUHAMMAS SHAFIQ BIN AZLAN


4.     PERASMIAN MINGGU PPDa 2014

GAMBAR GIMIK MAJLIS PERASMIAN MINGGU PPDa TAHUN 2014 OLEH ASP FOO CHEK SENG DAN PUAN NORHANA BT. MUSTAPHA
TARIKH   : 3 MAC 2014 (ISNIN)
TEMPAT   : DEWAN KVertS







PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA TETAMU UNDANGAN

PIHAK PDRM
  




JAMUAN BERSAMA PENTADBIR DAN AJK UNIT PPDa BERSAMA PIHAK PDRM





5.  CERAMAH ANTI DADAH DAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT OLEH  ASP FOO CHEK SENG, PENGARAH KOR SUKSIS UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR.





6.  SEKITAR GAMBAR PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK ANTI DADAH MINGGU PPDa  2014







PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK ANTI DADAH
   







SEKITAR GAMBAR PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK ANTI DADAH PPDa






GAMBAR PENGAWAS PPDa DAN AJK GURU BERGOTONG-ROYONG

DI LORONG DAN LAMAN NURANI PPDa


1.       MEMBUAT MURAL DI TANGGA LALUAN PPDa





SEORANG PENGAWAS PPDa, NATASYA LIYANA BT. EDY YAZID SEDANG MENYIAPKAN LUKISAN MURAL DI TANGGA LALUAN PPDa. 

  
2.       MEMBUAT MURAL BERKAITAN BAHAYA PENYALAH GUNAAN DADAH DI DINDING BANGUNAN KOLEJ.
Pengawas-pengawas PPDa sedang bekerjasama untuk melukis mural untuk meyampaikan mesej bahaya penyalahgunaan dadah kepada semua warga KVertS dan pelawat yang hadir ke kolej.





Pengawas-pengawas PPDa sedang bekerjasama untuk melukis mural untuk meyampaikan mesej bahaya penyalahgunaan dadah kepada semua warga KVertS dan pelawat yang hadir ke kolej.





HASIL LUKISAN MURAL YANG TELAH SIAP DILUKIS OLEH PENGAWAS PPDa


3.       PROJEK MEMBUAT REPLIKA KUBUR- KERJASAMA DENGAN PIHAK RIMBUN TURUS

 






4.       MENGINDAHKAN KAWASAN KOLAM DAN LAMAN NURANI PPDa






PENGAWAS PPDa SEDANG BERGOTONG-ROYONG MENGINDAHKAN LORONG DAN LAMAN NURANI PPDa






5.       MELETAKKAN MAKLUMAT BERKAITAN DARIH DI CD




6.       Menampal dan menemaskini maklumat di papan kenyatan







LAWATAN PEMANTAUAN LORONG/ BILIK/ LALUAN PPDa 2014










GAMBAR KENANGAN BERSAMA PELAWAT